Sunday, December 27, 2009

Cinta

- Cinta bermula apabila rasa kagum sesuatu benda.
- Jika seorang itu sayang pada rokok, kerana ia kagum rokok boleh menyeronokkannya.
- Seorang yang jatuh cinta pada seorang wanita kerana dia melihat wanita itu mengkagumkan pada matanya tetapi bukan pada mata orang lain.
- Dua insan saling bercanda bertahun-tahun lamanya sebelum kahwin saling kagum mengkagumi antara satu sama lain. Setelah berkahwin mereka bercerai kerana sudah tidak kagum lagi. Perangai aslinya sudah nampak.
- Manusia kagum kepada kebesaran Allah s.w.t. maka mereka akan jatuh cinta kepada Allah s.w.t.
- Orang yang tidak kagum kepada Allah s.w.t. tentunya mereka tidak cinta kepada Allah s.w.t. Jadi tidak hairanlah mengapa mereka tidak sembahyang kepada Allah s.w.t.
- Orang yang tidak menyintai Allah s.w.t. sebenarnya mereka tidak pernah berasa kagum terhadap ciptaan Allah s.w.t. ini.
- Orang yang cinta kepada dunia mereka tidak akan cinta kepada Allah s.w.t.
- Wang ringgit menjadi kecintaan mereka yang tidak menyintai Allah s.w.t.
- Kesimpulannya hanya orang yang kegum terhadap Allah s.w.t. sahaja yang benar-benar menyintai Allah s.w.t. dengan mendirikan sembahyang kepada Allah s.w.t. Sebagai tanda kecintaannya.

Ego

- Cadangan orang lain semuanya tak betul.
- Suka melihat idea sendiri sahaja.
- Buat apa sahaja untuk membatalkan idea orang lain.
- Ingin menakluki pemikiran orang lain.
- Meninggikan suara supaya dapat perhatian orang.
- Bergekal ketawa kuat-kuat walaupun tak lucu supaya orang lain tahu.
- Kalau cadanagn datang dari orang lain akan ditolak.
- Dia mahu cadangannya sahaja diterima.
- Mempermain-mainkan idea orang lain.
- Menyerahkan keadaan huru-hara kepada orang lain menyelesaikannya.
- Macam satu team tetapi dia hendak orang lain ikut pendapatnya.
- Macam nak bantu orang tapi tak pernah bantu pun.